PENGENALAN
Perisian e-alQamus Raudah adalah kamus Arab tiga Bahasa yang mengandungi Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Perisian e-alQamus Raudah telah diterbitkan berasaskan teknologi perkamusan terkini. Ciri-cirinya yang unik membolehkan setiap carian dilakukan dengan pantas dan mudah. Perisian e-alQamus Raudah merupakan perisian perkamusan Arab yang sangat istimewa berbanding dengan kamus lain di pasaran. Ini kerana ia telah diperkemas dengan teknik mudah dan berkesan khusus bagi setiap murid dan pencinta Bahasa Arab.
Keutamaan dan kelebihan kamus ini, ia melengkapi cara penggunaan dengan dimulakan dengan kata dasar, pecahan dari kata asal dan istilah dan ayat yang diguna pakai pada masa kini.
Kamus ini mampu menterjemahkan perkataan dari Bahasa Arab kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan jelas dan mudah difahami melalui istilah, ibarat dan kepelbagaian perkataan hinggakan pengguna pasti berasa yakin untuk menggunakan kamus ini. Kepelbagaian cara penggunaan dan carian yang amat mudah, pengguna akan mendapat faedah yang paling berkesan untuk mengetahui kedua-dua Bahasa.
Penghasilan kamus ini dirujuk dari kamus-kamus asas, maurid, dan buku-buku Bahasa Arab yang mengikut sukatan sekolah pada masa kini. Kamus ini juga mengandungi istilah dan perkataan kontemporari yang ditekankan yang diguna pakai dalam perbualan harian.
Semoga terhasilnya kamus ini dapat memberikan petunjuk dan pemahaman bagi pengguna yang ingin mengetahui ketiga-tiga Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ) dan mendapat keseronokan ketika proses pembelajaran tidak kira apa jua bidang mata pelajaran.
SPESIFIKASI MINIMUM
· CPU 500 MHz dan ke atas
· Hard Disk 200 MB
· RAM 128 MB Memory
· VGA Card 16 Bit dan Resolusi 800 x 600
· Window ME, 2000, XP, VISTA dan Window 7
BIL. | PERKARA | MUKA SURAT |
| | |
1. | Kandungan | 1 |
2. | Pengenalan | 2 |
3. | Spesifikasi Minimum | |
4. | Cara Pengiktifan | |
5. | Pendaftaran | |
6. | Simbol | 3 |
7. | Cara Penggunaan | 4 |
8. | Kotak Carian | 5 |
9. | Butang Carian | 6 |
10. | Butang Papan Kekunci | |
11. | Butang Bantuan | |
12. | Butang Maklumat | |
13. | Tab Kamus Utama | |
14. | Tab Kata Nama | 7 |
15. | Tab Kata Kerja | 8 |
16. | Tab Perkataan Berlawan | |
17. | Tab Mufrad dan Jamak | |
18. | Tab Topik Pilihan | 9 |
19. | Tab Kamus Tambahan | |
20. | Tab Nama-nama Pilihan | 10 |
21. | Kotak Keterangan | |
22. | Kotak Hasil Carian | 11 |
23. | Butang Keterangan Pelbagai | |
24. | Butang Gambar | 12 |
25. | Skrol Carian | |
26. | Status Carian | |
27. | Fungsi Tambahan | 13 |
28. | Bibliografi | 14-17 |